Total Pageviews

Tuesday, February 1, 2011

Minyak Sawit Sebagai Minyak Enjin Kenderaan

Percaya kah anda bahawa minyak sawit yang anda masak boleh digunakan sebagai minyak pelincir kenderaan anda atau senang cakap minyak hitam?

Malah sudah ramai rakyat Malaysia sudah menggunakan nya atau sedang mencuba cuba pada kenderaan mereka tanpa sebarang masaalah.Kata mereka yang telah mencuba berpendapat setelah menggunakan minyak masak berasakan sawit suhu enjin nya sangat rendah dan meter suhu tidak melebihi satu takuk,enjin berjalan lancar.

Saya pun telah mencuba keatas kereta saya Proton Iswara 1.3 Saloon,saya membeli minyak masak Sri Murni sebotol 5kg yang berharga RM13.35 sebotol.Saya hanya menggunakan hanya separuh botol sahaja atau sukatan yang saya buat ialah 3.5 liter cukup untuk enjin Proton.Saya mencamporkan satu tin oil treatment STP berharga RM15.90.

Tujuan oil treatment ialah untuk adalah mengawal kepekatan minyak masak berasaskan sawit.Enjin kereta saya berjalan lancar tanpa sebarang masaalah suhu enjin rendah dan enjin senyap dan saya telah menggunakan sudah satu tahun tanpa sebarang masaalah.


Percaya atau tidak nanti saya terangkan fungsi minyak pelincir dalam kenderaan anda yang saya buat kajian sebelum menggunakannya.

Mula mula kita cerita tentang minyak pelincir dulu.Minyak pelincir terdiri dari 90% 'base oil 'atau minyak asas biasanya diperolehi dari proses saringan petrolium atau dipanggil 'mineral oil' dan 10% lagi adalah 'additives'.

Minyak sayuran seperti polyolefins terhidrogen,esters,silicones,flourocarbons dan banyak lagi digunakan sebagai 'base oil' atau di panggil 'synthetic oil'.

Additives digunakan untuk mengawal kepekatan ,mengurangkan geseran , kehausan ,menahan hakisan,pengoksidan dan memanjangkan usia minyak enjin.

Minyak sawit adalah minyak yang paling sintetik yang kita tidak tahu sangat mengenai nya.

Sekarang kita pergi kepada fungsi minyak enjin pula
:

1.Fungsi minyak pelincir didalam enjin ialah untuk menjadi lapisan antara bahagian enjin yang bergerak dan mengurangkan geseran,meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kehausan enjin.

2.Untuk mengurangkan geseran, besi dengan besi kalau bergeser akan haus dengan cepat tetapi kalau ada minyak pelincir diantaranya akan melicinkan permukaan besi tadi dengan sangat berkesan.

3.Untuk membuang haba,minyak pelincir akan bergerak dari tempat yang paling panas didalam enjin anda iaitu dalam injap,blok dan piston kemudian turun ketempat yang sejuk iaitu takungan atau 'sump' haba akan di buang bila kenderaan bergerak.Kalau kereta anda berkuasa turbo minyak pelincir akan naik ke alat turbocas dan turun ke intercooler dan balik ke 'sump 'sekaligus untuk melicinkan bering dan membuang haba,kalau tak ada minyak pelincir alat turbocas anda akan merah menyala.

4.Untuk membuang kotoran didalam enjin seperti karbon dan habok besi.Segala kotoran akan dibawa turun oleh minyak pelincir kedalam 'sump' dan sebelum dipam semula naik ke enjin ia akan melalui 'oil filter' untuk di tapis dan guna semula.Anda perlu menukar 'oil filter' setiap 10,000km sebelum filter tersebut penuh dengan kekotoran tersumbat.

5.Untuk penghantaran kuasa, disini kegunaan minyak pelincir ialah didalam kotak gear automatik.Minyak pelincir di panggil minyak hydraulik ia digunakan sebagai cecair pengerak dalam penghantaran kuasa hydrostatic.Minyak hydraulik diperbuat dari pelbagai jenis minyak pelincir yang terdapat di dalam dunia ini.Kegunaan utama minyak ini ialah didalam tranmissi automatik dan 'torque converter'.

6.Untuk melindongi enjin dari dari haus dan lemah dengan membuat lapisan antara permukaan bahagian enjin yang bergerak.

7.Minyak pelincir yang di tambah dengan 'additives' akan melindongi bahagian enjin dari terhakis dan karat.

8.Untuk menutup lubang lubang gas dari kebocoran contoh nya di celah celah antara piston dan blok ,meningkatkan compression enjin dan seterusnya meningkatkan kuasa enjin.

Sekarang kita cerita pula fungsi additives atau oil treatment didalam enjin,

1.Bahan pencuci tujuan untuk mencuci dan untuk neutralize bahan asing dalam minyak pelincir untukmengelakkan minyak beku pada bahagian enjin.

2.Pengubahsuai geseran bertujuan untuk menjimatkan petrol dengan mengurangkan geseran pada bahagian enjin yang bergerak.

3.Mengubahsuai kepekatan minyak pelincir bertujuan mengawal kecairan minyak pada suhu tertentu supaya tidak terlalu cair ketika suhu enjin terlampau panas dan tidak pekat ketika suhu enjin terlalu sejuk.

4.Mengurangkan hakisan atau karat dengan menterbalikkan proses oksidan pada besi dalam enjin.

5.Sebagai antioksidan untuk mengelakan dekomposisi minyak.

6.Sebagai Anti kehausan dengan meninggalkan satu filem yang nipis di permukaan logam bahagian enjin.

7.Tekanan pada Titik Tuangan atau Pour Point meningkatkan keupayaan minyak untuk mengalir pada suhu yang rendah.

8.Agen Antifoaming untuk mengelakkan terjadi buih didalam minyak pelincir yang kesan nya boleh menambah geseran dan hakisan sebab ada ruang udara di antara permukaan logam.

9.Ada ejen tekanan tinggi yang melekat di permukaan logam yang bergeser dan mengelakkan dari kehausan.

10.Bahan Dispersant untuk mengelakan bahan kotoran seperti karbon daripada terapong dalam minyak pelincir dan mengelakkan dari pembekuan.

11.Wax crystal modifier untuk menambah keupayaan oil filter menapis wax daripada minyak pelincir.

Ok saya dah terangkan panjang lebar mengenai fungsi minyak pelincir dan additives tadi dan harap anda faham sekarang dan yakin untuk menggunakan minyak masak berasaskan sawit.

Kalau anda tak yakin tentang kandongan minyak sawit tadi maka oil treatment atau additives yang anda beli contoh STP,Bardhal atau Stop Oil sudah cukup untuk memberi perlindongan enjin.Malah syarikat yang mengeluarkan oil treatment tadi mendakwa kenderaan masih boleh berjalan beberapa ratus kilometer setelah minyak pelincir dicampor oil treatment di buang.

Mengapa orang U.S. tidak membuat kajian mengenai kegunaan minyak sawit sebagai minyak pelincir kenderaan?

Jawapan nya senang saja di U.S. mereka tiada minyak sawit negara kita banyak minyak sawit bayangkan kalau semua kereta pakai minyak sawit kaya kita harga sawit pun akan melambong ramai lah peneroka felda jadi jutawan.Nak buat apa orang U.S. susah susah nak buat kajian kalau orang lain yang kaya.

Ada orang bertanya tidakkah minyak sawit ini akan terbakar bila panas di dalam enjin macam char kuey tiau?

Jawapan nya tidak! Suhu bekerja enjin atau 'engine working temperature' adalah sekitar 80 deg Celcius hingga 90 deg Celcius.Kalau melebihi 100 deg Celcius air dalam enjin akan mendidih alamat anda kena potong selinder head lah.Suhu minyak masak semasa anda menggoreng ikan adalah sekitar 180 deg Celcius bermakna minyak masak berasaskan sawit mempunyai 'flashpoint' yang tinggi.

Minyak synthetic adalah cair atau sukatan nya SAE10W30 berbanding dengan minyak mineral yang biasa nya SAE20W40.

BAGAIMANA SEKARANG ANDA YAKIN ? ADAKAH ANDA CUKUP BERANI UNTUK MENCUBA ?


12 comments:

  1. bagaimana kalau saya nak pakai kat moto wave 125 saya?Boleh ka dan bagaimana?

    ReplyDelete
  2. Saya pernah gunakan campuran minyak sawit pada motor Yamaha FZI 150 .
    Caranya campurkan minyak sawit dengan minyak enjin 4T baru pada kadar 50:50 . Selepas itu bolehlah masukkan minyak tersebut ke dalam enjin.

    ReplyDelete
  3. kenapa benda ni tak pernah masuk berita? atau sekurang-kurangnya kosmo atau majalah3 jika terbukti ada org menggunakannya dan tiada masalah besar berlaku.

    saya nak test bila kereta aku expire, skrg x boleh sebab masih baru

    ReplyDelete
  4. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, Saya fah dah mencuba di kereta Savvy dan Unser... TIADA MASALAH.. INN SHAA ALLAH.

    ReplyDelete
  6. aku pun dah cuba d kancil aku. dah 4 tahun guna mi nyak masak, tda mslah

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, kalau enjin dah makan minyak hitam.. Boleh x gunakan minyak sawit ni.. Kelisa auto 03

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Saya dah cuba utk Kelisa auto 03 milik saya, 50:50. Dah 2 minggu. Prestasi ok, lancar.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. tumpang tny bos..kalu sy guna untuk kereta saga blm auto..boleh ke...satu lg brp mileage boleh pakai bila guna minyak sawit ni?

    ReplyDelete
  12. Casino Bonus Codes 2021
    › nz › casino-bonuses › nz › 카드 카운팅 casino-bonuses Get all the latest casino bonus codes on Casino Poker. Claim 벳 365 the best sbobet no deposit bonuses for 골든리치 your favourite casino games and win big with these 슈 의 캐릭터 슬롯 머신 no deposit

    ReplyDelete